Pengarang Warta Negara

Pengarang pertama akhbar ini ialah Ibrahim Mahmud yang sebelum itu pernah mengendalikan beberapa akhbar sebelum Perang termasuklah Warta Malaya, Pemimpin Melayu, Warta Jenaka, Penang Shimbun, Pancharan Matahari dan kemudiannya Malaya Merdeka. Beliau berkhidmat sehingga tahun 1950[2] sebelum berkhidmat di sebuah majalah iaitu Suara UMNO[1].

Kedudukan beliau diambil alih oleh Abdul Wahab Zain. Abdul Wahab Zain menjadi pengarang selama tujuh tahun[2]. Semasa beliau berkhidmat, beliau telah menerbitkan Warta Mingguan iaitu Warta Negara edisi hujung minggu dan diterbitkan hanya seminggu sekali[1].

Abdul Wahab digantikan oleh Ahmad Ismail/Ahmady Asmara (1957-1960); Ibrahim Legon (1961-1962); Salim Kajai (1963-1964) dan Haji Jaafar Yusof (1964). Pada hujung tahun 1964, syarikat Utusan Melayu Press mengambil alih akhbar ini dan Harun Hassan dilantik sebagai pengarang bagi tempoh 1964-1967. Selepas tiga tahun, Osman Abadi pula dilantik sebagai pengarang sehinggalah penerbitannya terhenti pada 1969.

Senarai pengarang Warta Negara
PengarangMula KhidmatTamat KhidmatSyarikat Penerbitan
Ibrahim Mahmud19451950[2]/1952[1]Warta Negara Press
Abdul Wahab Zain1950/19521957
Ahmad Ismail/Ahmady Asmara19571960
Ibrahim Legon19611962
Salim Kajai19631964
Haji Jaafar Yusof19641964
Harun Hassan19641967Utusan Melayu Press
Osman Abadi19671969